Sunday, 14 May 2017

TIPS MUDAH MINUM AIR GULA AGAR TIDAK TERMUNTAH

Terima kasih kerana sudi singah di VitaminOri. Kali ini saya ingin kngsikan cara untuk mudah minum air gula bagi ibu hamil.



Ramai ibu hamil yang tidak suka bila kena minum air gula kan. Bila diberi tarikh untuk minum air gula pasti terbanyang macam mana agak nye bau dan rasa air gula tu dan pasti akan terfikir macam mana keadaan diri selepas minum air gula.

Jangan risau saya akan kongsikan sedikit tips mudah untuk minum air gula. Memandangkan saya sudah 2kali kena minum air gula pada kandungan ke 2 disebabkan oleh usia yang agak berusia hihihi.

SIAPA YANG PERLU MINUM AIRGULA SEMASA HAMIL

  1. Wanita yang tergolong dalam kategor obesiti (BMI LEBIH DARI 30)
  2. Wanita yang pernah hamil anak yang besar ketika lahir
  3. Wanita yang pernah hamil dan ada kencing manis
  4. Wanita yang mempunyai ibu bapa atau sedara terdekat yang mempunyai penyakit kencing manis
  5. Wanita yang berumur 25tahun ke atas
  6. Mempunyai sejarah keguguran bayi atau bayi meninggal dalam kandungan 2-3 Kali berturutan.

7TIPS MUDAH MINUM AIR GULA UNTUK IBU HAMIL AGAR TIDAK TERMUNTAH



1. JAGA PERMAKANAN
🔅Sehari sebelum ke klinik, hadkan pengambilan makanan. Minum air kosong sebanyak mungkin. Kurangkan nasi dan lebihkan sayuran di dalam makanan.

2.MINUM DENGAN CEPAT
🔅Minum air gula dalam masa yang pantas. Minum 200ml air gula itu sekaligus dan bukan sedikit demi sedikit. Boleh juga kalau nak tutup hidung tapi pastikan minum secara pantas.

3.KUMUR MULUT SELEPAS MINUM
🔅Rasa air gula yang manis boleh buatkan ibu loya dan mahu muntah. Kumur dengan air paip yang bersih sejurus selepas minum air gula. Secara tidak langsung dapat membantu menghilangkan rasa manis yang tertinggal dalam mulut

4.BERPUASA
🔅Seawal jam10 malam, sehari sebelum ujian air gula, ibu perlu berpuasa walaupun tidak di minta. Berpuasa dalam ertikata hanya tidak makan tetapi boleh minum air kosong. Bukan air manis yeaaa

5.BEREHAT DI TEMPAT YANG SELESA
🔅Jika mahu muntah atau pitam bersandar di tempat yang selesa dan sesuai. Pastikan keadaan pulih normal dua jam sebelum ujian darah kedua. Cari dan duduk di tempat yang tidak berbau. Boleh je duduk dalam kereta sendiri atau keluar klinik sememtara waktu

6.JANGAN TERUS MAKAN MAKANAN BERAT
🔅Selepas ujian darah kali kedua dilakukan, jangan terus makan makanan berat, sebaiknya minum air kosong dan makan makanan ringan sajaha seperti biskut atau roti. Bila dah stabil barulah makan seperti biase

7.MAKAN SUPLEMENT TAMBAHAN
🔅Yang ni juga penting makanan tambahan perlu bagi melengkapkan nutrisi ibu hamil agar sentiasa bertenaga. Ibu hamil yang kurang nutrisi boleh menyebabkan pelbagai komplikasi seperti hb rendah selain diabetes ini.

Ok sekian dulu tips dari saya. Kalau ibu-ibu ingin cuba suplement dari shaklee boleh dapatkan dari saya. Insyallah saya akan konsultasi cara makan yang betul ikut masalah yang dihadapi


Jika berminat dengan supplement semulajadi ini anda boleh hubungi saya untuk konsaltasi percuma

HASANAH@NA

SMS/WHATSAPP0139926245
 FB: Nur Hasanah 
IGArieyana468_healthy_care
 PAGEArieyana468_healthy care
 
 Pengedar shaklee kota bharu, wakaf che yeh, kubang kerian, pasir tumbuh, melor, binjai dan kawasan berdekatan dengan nye. Pengeposan seluruh malaysia


No comments:

Post a comment