Saturday, 20 May 2017

RESEPI BUBUR JAGUNG HOMEMADE DI HARI MINGGU

Selamat berhari minggu kepada penggunjun VitaminOri. Terima kasih kerana sudi datang. Kali ni saya ingin kongsikan sedikit resepi.

Mungkin ramai pengemar bubur jajung manis kan. Kebetulan saya cuti di hari minggu boleh la spend time sikit dengan anak dan suami. Minggu ni saya habis kan masa di rumah je.


Bubur jagung sedap di makan ketika minum petang.

Ok jom kita lihat resepi BUBUR JAGUNG MANIS.

Bahan-Bahan:

🔅2 batang jagung hiris isinya1/4
🔅1/2 cawan gula pasir
🔅1 keping gula melaka
🔅1 sudu kecil garam
🔅2 cawan santan segar
🔅3 sudu besar biji sagu(tak nak masukkan pun tak pe)
🔅2 helai daun pandan, carik dan simpul

Cara Penyediaan:

Masukkan santan cair, daun pandan dan isi jagung ke dalam periuk. Masak di atas api perlahan sehingga mendidih.Masukkan gula pasir, gula melaka, garam, sagu dan santan pekat. Kacau perlahan-lahan sehingga bubur mendidih. Kadar manis adalah mengikut citarasa anda. Jika rasa kurang manis boleh tambah lagi sedikit guka.

Tips

Bubur haruslah kerap dikacau di atas api yang perlahan sehingga mendidih supaya kuah tidak berketul dan pecah minyak.


No comments:

Post a comment