Tuesday, 15 May 2018

KEISTIMEWAAN SUPPLEMENT SHAKLEE

Terima kasih kerana sudi singah ke VitaminOri. Pada entri kali ini saya ingin  berkongsi  dengan anda mengenai keistimewaan produk shaklee

Shaklee merupakan syarikat nutrisi semulajadi di A.S dengan sejarah yang bermula dari 1915. Shaklee telah menjadikan masyarakat lebih sihat selama lebih 60 tahun.



Shaklee menawarkan produk nutrisi semulajadi dan penjagaan peribadi berkualiti tinggi, serta produk kegunaan rumah mesra alam yang telah membantu jutaan orang menikmati kehidupan yang lebih sihat dengan memelihara dan memastikan kesihatan planet.

Pada awal 1960 shaklee telah menghasilkan pembersih terbiodegradasi yang pertama. Shaklee juga merupakan syarikat pertama di dunia yang memperolehi pensijilan Climate Nutral™ yang mengimbangi pelepasan karbon, memberikan impak bersih sifat kepada persekitaran. 



Shaklee juga menjalin kerjasama dengan salah seorang  pengubah  dunia  tersohor masa kini – Pemenang Anugerah Keamanan Nobel Prof. Wangari Maathai, pengasas Green Belt Movement yang telah mengubah kehidupan jutaan rakyat Afrika melalui penanaman  pokok Prof.  Daniel Esty, penulis buku  Green to Gold memberi  sorotan  kepada  beberapa syarikat dengan amalan perniagaan yang  bukan  sekadar  menjana keuntungan  malah  memberi  manfaat kepada alam sekitar dan penjelajah terkemuka dunia Will Steger, yang mana penerokaan Kutub beliau telah membuka  mata  dan  membina kesedaran mengenai kesihatan rantau alam semula jadi paling sensitif dunia dan apa yang boleh dilakukan  untuk  memperbaikinya. 

Falsafah Produk Shaklee

Selama lebih 100 tahun, pelbagai generasi telah  menaruh kepercayaan bahawa Shaklee mampu melakukan apa yang syarikat  lain  tidak  mampu  untuk  lakukan  – menghasilkan produk  yang  selamat  secara  semula  jadi  DAN  terbukti berkesan. Misi  kami  di Shaklee  adalah  untuk  menyediakan  kehidupan yang lebih sihat dan semestinya lebih baik, untuk semua. Kami  melakukannya  melalui  penghasilan  produk  semula  jadi yang sangat luar biasa, dan anda sentiasa mahu berkongsi cerita dengan keluarga dan rakan mengenainya. Setiap bahan yang memasuki setiap botol Shaklee telah dicipta untuk  memperbaiki kesihatan, berfungsi  tanpa  kompromi, dan lembut serta mesra pada alam sekitar. Apabila anda memilih Shaklee, anda akan mengetahui tiga perkara yang nyata dan benar. 

Saranan Shaklee

1) Makan secara sihat

  • Pelan pemakanan sihat anda termasuklah pilihan menyihatkan yang menekankan kepada pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, bijian penuh, dan produk susu bebas-lemak  atau rendah-lemak.
2) Bersenan dan capai berat yang sihat
  • Jadikan aktiviti fizikal yang kerap dan teratur sebagai komponen utama program  pengurusan kesihatan anda untuk menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan menyeluruh dan mengurangkan  risiko penyakit kronik.
3) Pilih supplement secara bijakbijak
  • Suplemen multivitamin/mineral yang komprehensif dan seimbang dengan sekurang-kurangnya 450mg kalsium dan vitamin D adalah memadai dan munasabah.
  • Pastikan anda mengambil protein yang mencukupi setiap hari; ia adalah bahan pembina tubuh paling asas, untuk mengekalkan tenaga dan kulit yang sihat.
  • Cuba tingkatkan pengambilan asid lemak omega 3, EPA dan DHA, yang dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit kardiovaskular serta memperbaiki tindak balas metabolik dan keradangan.
  • Nutrien anti oksidan membantu melindungi sel-sel tubuh daripada penuaan, jadi pastikan anda mengambil anti oksidan seperti vitamin C dan E, serta beta karotena.
  • Pastikan pengambilan vitamin B yang penting seperti asid folik, vitamin B6 dan B12, untuk membantu melindungi DNA dan menyokong penuaan yang sihat.
  • Akhir sekali, dapatkan nutrisi probiotik untuk menyokong penghadaman yang sihat dan fungsi imun.












Jika berminat dengan supplement semulajadi dan ingin menambah income bulanan anda boleh hubungi saya untuk konsaltasi percuma atau anda boleh dapatkan produk melalui esell di bawah


HASANAH@NA

No comments:

Post a comment