Friday, 4 May 2018

9 SEBAB KENAPA PEGAMBILAN PROTEIN PENTING UNTUK KECANTIKAN SESEORANG WANITA

Tentu ramai diantara anda yang tahu mengenai manfaat dan kepentingan protein dalam diet seharian. Pengambilan protein yang mencukupi dapat membantu membina dan membaiki otot tisu yang rosak. Protein juga berperanan menghasilkan enzim dan hormon, menyekong sistem imun dan mengekalkan tahap tenaga dan stamina yang tinggi.


1) Membantu mengekalkan berat badan ideal

✅ Melebihkan protein di dalam diet serta mengurangkan pengambilan kerbohidrat membantu mengurang tisu lemak dalam tubuh. Amalan secara kosisten mampu mengekalkan berat badan ideal.

2) Membantu mengawal rasa lapar

✅ Mengambil sajian tinggi protein seawal pagi seperti greek yogurt bersama buahan segar akan mengaktifkan hormon untuk bertindak balas menyekat rasa lapar sepanjang hari.

3) Membuat anda rasa kenyang

✅ Pengambilan makanan berprotein tinggi membantu mengawal selera dan memberi rasa kenyang yang lebih lama berbanding kerbohidrat dan lemak.

4) Protin membantu membakar lebih banyak kalori

✅ Berbanding diet tinggi korbolebih t, diet tinggi protin mencetuskan proses themogenesis yang lebih tinggi. Thermogenesis adalah proses di mana tubuh meningkatkan pengeluaran tenaga dan lebih protin akan memberi isyarat kepada tubuh untuk membakar lebih banyak kalori sebelum, semasa dan selepas makan.

5) Protin penting untuk penjagaan tulang

✅ Jumlah protin dalam diet seharian boleh memberi kesan kepada tahap kalsium dalam badan. Diet rendah protein memberi kesan kepada sistem pencernaan untuk menyerap kalsium dan secara tidak langsung keperluan kalsium badan akan diperolehi dari sistem rangka badan. Apabila ini berlaku, individu akan mengalami kehilangan kepadatan tulang.

6) Membantu melawan penuaan

✅ Melalui proses penuaan seseorang akan kehilangan jisim otot dan untuk memastikan proses penuaan tidak mengganggu pertumbuhan otot maka pengambilan protin disamping senaman yang teratur amat penting.

7) Melindungi anda dari stress

✅ Stress bukan sahaja memberi tekanan kepada mental malah turut membuatkan segala sistem dalaman menjadi tidak menentu serta mampu merencatkan hormon. Pengambilan lebih protin dari yang disarankan adalah lebih bagus kerana ianya mampu mengembalikan dan memulihkan sistem tubuh badan.

8) Bagus untuk kulit dan rambut

✅ Kulit merupakan enggota badan yang paling terdedah kepada sinaran matahari serta sinaran uv yang boleh merosakkan kulit. Pengambilan diet yang tinggi protin dengan asid amino serta penggunaan pelindung matahari yang bagus mampu melindungi serta menngurangkan kesan uv. Protin juga penting untuk proses regenerasi sel kulit agar ianya sentiasa terlihat mulus, tegang dan awet muda.
✅ Rambut adalah mahkota seseorang wanita. Jika inginkan rambut lebat serta sihat maka perlulah mengambil protin yang secukupnya. Masalah keguguran serta pertumbuhan rambut yang terencat dapat di atasi.

9) Makan tanpa rasa bersalah kerana ianya sedap.

✅ Ramai yang merasakan untuk memiliki tubuh yang cantik perlulah mengambik sayuran dengan jumlah yang banyak dan mengurangkan pengambilan protin serta karbohidrat. Namun begitu, pengambilan protin yang secukupnya melalui diet seimbang amat penting bagi tubuh badan kerana otot, tulang sehinggalah ke rambut amat memerlukan asid amino. Jadi jangan rasa bersalah hanya kerana anda menikmati hidangan yang mengandungi ikan daging dan sebagainya 

Kebanyakkan protin dalam diet kita berasal dari produk berasakan haiwan seperti daging, ikan, ayam, telur dan susu dan terdapat juga berasaskan tumbuhan seperti kacang. Menyedari  kepentingan protin dalam diet ramai juga diantara kita yang mengambil makanan tambahan bagi mencukupkan pengambilan protin seharian.

Melalui satu kajian oleh fitnessrxwomen, mereka mempercayai bahawa pengambilan protin oleh kaun wanita sangat signifitken bukan sahaja dengan kesihatan malahan kecantikan.










Jika berminat dengan supplement semulajadi dan ingin menambah income bulanan anda boleh hubungi saya untuk konsaltasi percuma atau anda boleh dapatkan produk melalui esell di bawah


HASANAH@NA

No comments:

Post a comment