Friday 13 October 2017

PENGALAMAN BERSALIN - CARA NAIKKAN HB SEMASA HAMIL

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Malam ni akak nak kongsi sikit kepentingan mengambil VITAMIN SEMASA PREGNAN. Ni akak kongsi pengalaman akak pregnan anak ke 2.

Semasa pregnan anak no 2 ni akak selalu skip ambil vitamin di sebabkan oleh alahan terhadap vitamin2 tersebut, telan je vitamin2 ni terus buang balik apa yang di telan sebelum ni. Disebab kan oleh akak selalu skip ambil vitamin bacaan Hb semakin low semasa usia kandungan 5 bulan ke atas sampai la dekat deu date, last bacaan sebelum deliveri 10.5. Awal-awal pregnan bacaan hb memang cantik 12,13.

Semasa melahirkan anak sulong akak sudah ada masalah rahim lambat kecut menyebabkan berlaku pendaran tetapi tidak perlu transfusi blood. Semasa bersalin anak no 2 perkara sama berlaku pendaran banyak selepas bersalin dan kali ni terpaksa transfusi blood sebab hb time 2 5.5, dua beg blood kena transfusi.

Selepas bersalin dalam jangka masa 3 jam macam tu akak pengsan selepas turun dari katil ingin kje tandas, ini salah satu akibat tidak mengambil vitamin secara kosisten. Lagi parah sampai sekarang akak masih terasa kesan-kesan nye seperti selalu pening, gelap mata, mudah penat, mata akak pun macam dah kabur je sekarang ni.

So akak nasihatkan kepada adik-adik, kakak-kakak yang ingin merancang kehamilan atau sedang pregnan tolong jangan skip pengambilan vitamin walaupun ada alahan pada vitamin, cuba sedaya upaya kosisten pengambilan vitamin tersebut.

Semasa bacaan hb cantik akak mengambil B.COMPLEX SHAKLEE, semasa pregnan yang sulong akak ambil vitamin klinik je bacaan tak sampai pn 12,13, bacaan time tu sekitar 11-11.3 je paling tinggi.

Haiippp sory la terpanjang la pula coretan akak pada malam ni. ok lah sampai sini sahaja la yea. Semoga kalian mengambil iktibar dari apa yang berlaku pada akak ni.

KEPENTINGAN PENGAMBILAN B COMPLEX 




Vitamin B1
Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum
Manfaatnya :
  • melancarkan metabolisme
  • melancarkan peredaran darah
  • mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
  • mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
  • memulihkan gangguan saraf 

Vitamin B6
Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk
Manfaatnya :
  • melancarkan metabolisme
  • meningkatkan kekebalan tubuh
  • menjaga keseimbangan garam-garam mineral
  • membantu sintetis RNA dan DNA

Vitamin B12
Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut
Manfaatnya :
  • mencegah kerosakan urat saraf
  • membantu pembentukan sel darah merah
  • melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga
Kekurangan vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.

Selain itu, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.


 KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS

 1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan       berfikir.
 2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
 3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
 4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
 5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
 6. Mencegah stress.
 7. Menguatkan antibodi tubuh.
 8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
 9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
 10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
 11. Mencegah anemia.
  

Jika berminat dengan supplement semulajadi dan ingin menambah income bulanan anda boleh hubungi saya untuk konsaltasi percuma

HASANAH@NA


No comments:

Post a Comment