Monday 30 July 2018

5 KESALAHAN YANG DIBUAT IBU MENYUSU HINGGA BOLEH BAWA BAHAYA

PENYUSUAN SUSU IBU

Apabila di sebut tentang penyusuan susu ibu kedenganran seperti semudah menyebut ABC. Tetapi ia tidak lah seperti itu!! Para ibu harus menggali ilmu penyusuan bagi menjayakan perjalanan penyusuan anda.

Dari cara lengkapan yang betul sehinggalah ke penjagaan susy ibu yang telah dipam.

5 KESALAHAN YANG SELALU DIBUAT OLEH IBU MENYUSU

1) Tidak kerap menyusu atau mengepam


Perasan atau tidak jika kita tidak menyusukan bayi atau mengepam untuk suatu jangka masa panjang, payudara kita akan rasa penuh.

Ini bukan sahaja susu malah protein istimewa yang di panggil FIL atau 'feedback inhibitor of lactation' mula terkumpul.

FIL akan menghantar isyarat pada badan kita yang kita sedang menghasilkan susu yang terlalu banyak. Jadi badan kita akan perlahan-lahan menghentikan pengeluaran susu.

Jadi perlahan-lahan badan kita akan menghentikan pengeluaran susu!

Secara langsung, pengeluaran susu badan kita akam semakin sedikit, semakin lama kita tidak memyusu dan mengepam susu, semakin sedikit pengeluaran susu kita.

Sedih tak jika kita tidak dapat memberi susu secukupnya kepada bayi kita. Jadi jangan tunggu hingga payudara kita penuh baru nak menyusu atau mengepam, tapi pilihlah untuk menyusu dan mengepam secara berkala.

2) Rasa sedih kerana tidak pandai cara lekapan yang betul


Bergelut nak membuatkan bayi kita berjaya mendapat lekapan yang betul memang mengecewakan.

Tapi ketahuilah bukan kita je yang mengalaminya, malah hampir semua ibu melaluinya. Jangan terlalu bersedih hingga memberi kesan kepada perjalanan penyusuan kita.

Memang lekapan yang betuk amat penting untuk penyusuan yang berjaya. Sebab itu terdapat kelas dan konsultasi laktasi yang boleh membantu kita semua. Jangan sedih dan kecewa yang keterlaluan kerana ia akan menyebabkan bekalan susu berkurangan.

3) Ponteng shif malam

Setelah penat seharian menguruskan rumah dan si kecil, kita sudah terlalu letih dan hanya igin tidur yang ada dalam kepala kita bukan.

Ramai ibu akan menyerahkan tugas menjaga si kecil kepada si bapa pula supaya kita dapat berehat.

Tapi dengan tidak membuat penyusuan atau mengepam pada waktu malam, payudara akan jadi penuh.

Seperti yang telah diberitahu di nombor 1, ini akan menghantar isyarat yang badan kita sedang menghasilkan susu yang terlalu banyak.

Kesannya, badan kita akan mula mengurangkan penghasilan susu.

Solusinya, pamkan susu kita dan biarkan si bapa uruskan hal yang selebihnya supaya kita dapat berehat dengan lebih tenang.

4) Biarkan si kecil terlalu lama


Bayi yang baru lahir akan cenderung untuk tidur lebih lama.

Dan selalunya ibu bapa akan membiarkan sahaja mereka tidur dalam keadaan yang sungguh comel dan aman. Namum sebenarnya, ini akan memberi impak terhadap penghasilan susu.

Amalan yang baik ialah menyusukan si kecil pada setiap 2 atau 3 jam untuk mengekalkan bekalan susu.

5) Permakanan yang tidak dijaga


Sebenarnya, permakanan ibu memberi impak yang sangat besar terhadap pengeluaran susu.

Memang bukan mudah untuk memastikan kita dapat makn pada masa yang tetap sambil menjaga si kecil.

Selalunya kita akan berakhir dengan mengorbankan masa makan supaya dapat menguruskan si kecil atau mendapatkan rehat.

Tapi sebenarnya sangat penting untuk kita makan makanan yang sihat dan makan mengikut masa yang tetap.

Ini akan membantu pengeluaran susu kita supaya jadi lebih sihat dan meriah. Kita boleh mencuba rutin yang sesuai dengan masa tidur anak supaya dapat makan lebih sihat dan mengikut masa.

Selain dari itu kita juga perlu mengambil beberapa supplement bagi membantu badan kita lebih bersedia dan bertenaga untuk terus menghasilkan susu dengan meriah.

Ini sebahagian supplement yang saya amalkan semasa menyusukan anak sulong dan no 2 saya.



JIKA ANDA INGIN DAPATKAN SUPPLEMENT SEMULAJADI ANDA SENDIRI ANDA BOLEH TEKAN ESELL DIBAWAH

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=c14342b678b4a4f245687aa47fc7769d

ATAU BOLEH HUBUNGI SAYA


HASANAH@NA



No comments:

Post a Comment